Skip to main content

PERSONAL DATA – NOTICE AND CONSENT FOR EXISTING CUSTOMERS

Schwan-STABILO Marketing Sdn. Bhd. is concerned about your right to privacy. This Privacy Policy governs only information provided to us previously via various physical and online channels i.e. enter into or participate in any competitions, contests or loyalty programmes run/organised by us via website interface or any other channels or directly from you through other means includes but is not limited to your name, age, birth date, gender, identification card number, address of correspondence, email address, phone numbers or passport number and/or communication channel preferences (collectively, “Information”).

Your Information may be used for various purposes, including, without limitation, to communicate with you about our offer and promotion, provide services to you, respond to your inquiries, administer your participation in contests, conduct internal activities, and/or for the purposes of market surveys and trend analysis. We will disclose your information to vendors in order for us to interact with you through email, eDM or SMS. We will never disclose your information to any third parties for marketing or information.

We may amend this Privacy Policy from time to time and the updated version shall apply and supersede any and all previous versions, including but not limited to, leaflets or hard copy versions. Please check our websites for information on our most up-to-date practices.

You may request for access to or correction of your information or limit the processing of your information at any time hereafter by submitting such request to us at marketing@stabilo.com.my or call us at (603) 8948 1629.

We trust that you will consent and agree to the terms above with respect to our processing of your information. If you are below the age of 18, please bring this notice to the attention of your parent/legal guardian. If we do not receive any response from you and/or your parent/legal guardian on the above, we shall assume that you are agreeable to the above.

Should you have any queries, concerns or complaints in relation to this Privacy Statement , kindly contact us during office hours (between 9:00am to 5:30pm, Mondays to Fridays) at the following contact points:

Telephone: (603) 8948 1629
Fax: (603) 8948 1632
E-mail: marketing@stabilo.com.my
Address:
Schwan-STABILO Marketing Sdn. Bhd.
Marketing Department
6-8-1, SHL Business Centre,
Jalan SR 8/3, Off Jalan Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor.

Kindly indicate your understanding and agreement to give consent to us by replying to our email within 7 days at marketing@stabilo.com.my . If you do not respond to this notification, we will assume that you have thereby consented to the processing of your personal data by us in accordance with the terms and conditions stipulated herein.

Thank you.
Yours faithfully,
Schwan-STABILO Marketing Sdn. Bhd.

DATA PERIBADI: NOTIS DAN KEIZINAN UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN SEDIA ADA

Schwan-STABILO Marketing Sdn. Bhd. mengambil berat tentang hak privasi anda. Polisi Privasi ini hanya berkuat kuasa atas informasi yang dibekalkan kepada kami melalui pelbagai saluran fizikal dan maya, iaitu apabila anda menyertai atau mengambil bahagian dalam pertandingan, peraduan atau program kesetiaan yang dikelola/dianjurkan oleh kami melalui laman web atau sebarang saluran atau secara langsung daripada anda melalui lain-lain cara, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, usia, tarikh lahir, jantina, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, nombor telefon, nombor pasport dan./atau saluran komunikasi yang lebih digemari anda (secara kolektifnya, 'Informasi').

Informasi anda boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk dan tidak terhad kepada, untuk berkomunikasi dengan anda mengenai tawaran dan promosi, menyediakan perkhidmatan untuk anda, membalas pertanyaan anda, mengurus penyertaan anda dalam peraduan, menjalankan aktiviti dalaman dan/atau untuk tujuan soal selidik pasaran dan analisis trend. Kami akan mendedahkan informasi anda kepada vendor supaya kami boleh berinteraksi dengan anda melalui e-mel, eDM atau SMS. Kami tidak akan mendedahkan informasi anda kepada mana-mana parti ketiga untuk pemasaran dan informasi.

Kami mungkin meminda Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa dan versi yang telah dikemaskinikan akan berkuat kuasa dan menggantikan sebarang dan semua peruntukan versi lama, termasuk dan tidak terhad kepada, risalah atau versi salinan cetak. Sila layari laman web kami untuk menyemak informasi mengenai amalan terkini kami.

Anda boleh meminta untuk memperoleh akses atau pembetulan informasi anda atau mengehadkan pemprosesan informasi anda pada sebarang masa selepas ini dengan menghantar permintaan anda kepada kami di marketing@stabilo.com.my atau menghubungi kami di (603) 8948 1629.

Kami yakin bahawa anda akan memberi keizinan dan persetujuan untuk terma-terma di atas yang berkenaan dengan pemprosesan informasi anda. Jika anda berusia di bawah 18 tahun, sila sampaikan notis ini kepada pengetahuan ibu atau bapa atau penjaga sah anda. Jika kami tidak menerima sebarang jawapan daripada anda dan/atau ibu atau bapa atau penjaga sah anda, kami akan mengandaikan anda telah memberi keizinan dan persetujuan untuk perkara di atas.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, keraguan atau aduan yang berkaitan dengan Penyata Privasi ini, sila hubungi kami ketika waktu pejabat (antara 9:00 pagi hingga 5:30 petang) menerusi kaedah-kaedah di bawah:

Telefon: (603) 8948 1629
Faks: (603) 8948 1632
E-mel: marketing@stabilo.com.my
Alamat:
Schwan-STABILO Marketing Sdn. Bhd.
Jabatan Pemasaran
6-8-1, SHL Business Centre,
Jalan SR 8/3, Off Jalan Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor.

Sila nyatakan pemahaman dan persetujuan anda untuk memberi keizinan kepada kami dengan menjawab e-mel kami dalam tempoh 7 hari dan hantarkannya ke marketing@stabilo.com.my. Jika anda tidak memberi sebarang respons terhadap notis ini, kami akan mengandaikan anda telah memberi keizinan kepada kami untuk memproses data peribadi anda menurut terma dan syarat yang dinyatakan di sini.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Schwan-STABILO Marketing Sdn. Bhd.

Sorry, but your browser is really old.

Try to update it or use a different one. Thanks!